Peminat

Wednesday, January 4, 2012

Promosi Projek HBN 2012 di blog studiokini


Genre nasyid mempunyai peminat dan pendokong yang tersendiri. Baik di institut pengajian tinggi (IPT) mahupun sekolah atau golongan bekerja, kemunculan kumpulan nasyid dan penggiat industri nasyid umpama cendawan tumbuh selepas hujan.

Atas faktor tersebut, syarikat Jaringan Masry Enterprise (JME) dan Ilham Cipta Production Studio (ICP Studio) bekerjasama menjayakan program Himpunan Bakat Nasyid edisi 1 bagi tahun 2012. Projek ini bakal mengetengahkan bakat-bakat nasyid untuk tampil ke depan dalam arena indutri hiburan Malaysia.

"Tujuan album ini adalah untuk memperkenalkan kumpulan-kumpulan atau solo dalam irama nasyid yang amat mencintai irama ini dengan kos yang sederhana dan tidak membebankan para penasyid itu sendiri. Bukan mudah untuk menerbitkan sebuah album kerana ianya akan memerlukan belanja atau modal yang tinggi,dengan adanya program seperti ini,akan memudahkan lagi para penasyid-penasyid untuk memperkenalkan diri mereka dipersada industri muzik tanah air ini," ujar Hafiz Azizan,pengarah urusan JME yang juga merupakan anggota kumpulan nasyid Masrie yang dipetik dari laman blog rasmi projek ini.

Projek ini akan mula mencari bakat-bakat baru mulai 1 Januari 2012. Untuk pengetahuan umum, JME merupakan syarikat yang aktif di utara Semenanjung Malaysia dalam aktiviti penerbitan dan persembahan nasyid. JME pernah menerbitkan album Ramadhan Mulia dari Masrie dan turut terlibat dalam penerbitan semula album Zahran Repacked, Di Persinggahan.

ICP Studio pula diuruskan oleh Din Haniffa. Sebelum ini, beliau merupakan ahli kumpulan nasyid As-Salam yang pernah tampil dengan album Bisikan Syahdu pada era 90-an. Beliau juga aktif dalam penerbitan album artis-artis tempatan di Utara Sem. Malaysia seperti Namen,Amen,Kumpulan Data,Lan LNJ Raja Lawak,Dekna AF,dan lain-lain lagi.

Kepada yang berminat dan ingin tampil dalam album ini, hubungi Hafiz 0195139837 atau laman web http://bakatnasyid.blogspot.com/.- STUDIOKINI

No comments:

Post a Comment