Peminat

Saturday, January 14, 2012

Pengenalan Album Himpunan Bakat Nasyid Edisi.1


Assalamualaikum,

Alhamdulillah pada hari ini 15/1/2012 telah masuk hari yang ke 15 dalam pencarian bakat-bakat nasyid untuk projek khas sebuah album yang dinamakan HIMPUNAN BAKAT NASYID EDISI PERTAMA bagi tahun 2012 ini,merupakan sebuah karya seni dakwah yang bakal diterbitkan oleh syarikat JARINGAN MASRY ENTERPRISE dengan kerjasama ILHAM CIPTA PRODUCTION (ICP Studio)untuk mencari dan menggilap bakat-bakat dalam irama nasyid di Malaysia khususnya dan di nusantara amnya,Insya ALLAH julung-julung kalinya penerbitan seumpama ini diadakan bagi memberi peluang kepada penasyid-penasyid baru atau lama yang belum pernah merakamkan album atau yang pernah merakamkannya bagi memperbanyakkan lagi koleksi lagu2 nasyid untuk simpanan dan hiburan bercorak islamik untuk anda semua.

Kami dipihak pengurus projek mengharapkan agar peserta-peserta dapat memberikan komitmen yang sebaiknya demi perjuangan dakwah melalui irama nasyid ini,bukan mudah untuk menerbitkan sebuah album yang berkualiti kerana ianya memerlukan modal atau kos yang tinggi,maka dengan ini kami tampil dengan memberikan perkhidmatan yang sewajarnya untuk peserta-perserta atau artis-artis nasyid ini bagi merealisasikan impian mereka selama ini,insya ALLAH

Sabda Nabi Muhammad S.A.W "Sampaikan Walau Dengan Satu Ayat"

Bagi pengenalan album ini bakal menampilkan 10-12 kumpulan atau solo nasyid yang akan merakamkan lagu-lagu baru ciptaan mereka sendiri mahupun ciptaan dari komposer pilihan mereka.Studio rakaman pula adalah milik Din AsSalam yang sebelum ini ramai artis-artis seperti Ibnor Reza,Shidi Data,Lan Raja Lawak,Dekna AF telah merakamkan suara mereka di studio ini,dan insya ALLAH mastering album ini akan dijalankan di STUDIO IKHWAN yang banyak menerbitkan album seperti DiWani,Mawaddah,Remaja Harapan,Mel ex-Wings dan ramai lagi..kami mengharapkan agar dengan kerjasama yang mantap ini bakal melahirkan sebuah album nasyid yang akan diterima oleh segenap lapisan masyarakat di Malaysia dan di Nusantara.Biiznillah

No comments:

Post a Comment