Peminat

Saturday, December 31, 2011

Kalam Pengarah Urusan JME


Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG

Alhamdulillah sekarang kita berada di tahun baru 2012 bersamaan 1433Hijrah,kita semua diberikan nikmat yang melimpah ruah dengan suasana negara yang aman damai dan sentiasa di dalam peliharaan dari ALLAH S.W.T,syarikat JME atau Jaringan Masry Enterprise bersama ICP STUDIO milik komposer Din AsSalam pada tahun 2012 ini akan bekerjasama untuk menjayakan projek khas yang diberi nama HIMPUNAN BAKAT NASYID edisi pertama,kita sedang mengusahakan untuk mencari 10-12 kumpulan nasyid atau solo yang berminat untuk bersama2 menjayakan sebuah album koleksi atau himpunan nasyid oleh bakat2 baru di Malaysia ini khususnya...

Tujuan album ini adalah untuk memperkenalkan kumpulan-kumpulan atau solo dalam irama nasyid yang amat mencintai irama ini dengan kos yang sederhana dan tidak membebankan para penasyid itu sendiri.bukan mudah untuk menerbitkan sebuah album kerana ianya akan memerlukan belanja atau modal yang tinggi,dengan adanya program seperti ini,akan memudahkan lagi para penasyid2 untuk memperkenalkan diri mereka dipersada industri muzik tanah air ini.

Bermulanya 1/1/2012 ini,pencarian bakat2 atau penasyid2 yang berminat untuk menjayakan album HIMPUNAN BAKAT NASYID (EDISI PERTAMA)bakal direalisasikan INSHA ALLAH.

BAGI YANG BERMINAT,BOLEHLAH MENGHUBUNGI : HAFIZ 0195139837

No comments:

Post a Comment