Peminat

Sunday, January 29, 2012

Peserta Solo HBN 2012

NAIM DARUS
Naim b Hj Darus..dilahirkan di Kuala Lumpur..kini menetap di sungai petani kedah darul Aman..berusia 23 tahun..pelajar kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.. mula mengenali dunia nasyid seawal usia 5 tahun..terus bergiat sehingga peringkat sekolah menengah..pernah juga menjadi pelatih nasyid kepada beberapa sekolah antaranya SMA Al Masriyah dan SMK Paya Keladi..mula menulis dan mencipta lagu pada tahun 2007..lagu-lagu ciptaan diperdendangkan di pertandingan nasyid peringkat sekolah pulau pinang..pernah bersama kumpulan fikrah dan saff nur di sekolah menengah..kini sedang menamatkan pembelajaran di peringkat ijazah sarjana muda Bahasa arab sebagai bahasa kedua di KUIS..

ADLI HASHIM
Mohamad Noradli bin Hashim...lahir pada 1 Oktober 1989 di Taiping, Perak...membesar di Klang, Selangor seterusnya berpindah ke Kerteh, Terengganu...kini menetap di kampung halaman di Taiping...berumur 23 tahun...mula menyertai nasyid sejak dari bangku sekolah lagi ketika diterap dalam kumpulan nasyid MRSM Muadzam Shah dan mewakili maktab...semenjak itu, terus bergiat aktif dalam nasyid mewakili matrikulasi dan universiti...pada saya, nasyid bukanlah sekadar minat semata, tetapi adalah sebagai satu medium untuk berdakwah kepada orang ramai...justeru, dengan izin ALLAH, melalui Jaringan Masry Enterprise (JME) saya berpeluang meneruskan kesinambungan dakwah ini serta memberi manfaat kepada semua orang..

ALIF SOBRY
Mohd Alif B Sobry... dilahirkan pada 15 Mac 1985.. kini berumur 27 tahun... dilahir dan dibesarkan di Kuala Lumpur.. Mula bergiat di dalam bidang nyanyian bermula dari darjah 6... pernah Mewakili sekolah dalam pertandingan nasyid pada peringkat menengah dan Kolej serta membuat persembahan-persembahan secara "underground"... pernah ke peringkat akhir mewakali Kolej sebagai Kumpulan DeFine dalam Pertandingan Nasyid IPT Hijrah Peringkat Negeri Selangor anjuran Nasyeed.com..dan kini saya bergerak secara solo.. peluang saya untuk berdakwah melalui nyanyian telah diberi jalan oleh Allah S.W.T melalui Syarikat Jaringan Masry Enterprise(JME).. di harap single terbaru saya ini akan dapat memberi manfaat kepada orang ramai serta dapat memeriahkan lagi industri Nasyid Tanah air...





RAFZAN
Nurrafzan Bin Hassan...dilahirkan pada 29 Oktober 1983 dan berasal dari Seberang Jaya,Pulau Pinang....mula berkecimpung dalam arena nasyid sejak di bangku sekolah menengah lagi..Menyertai pelbagai pertandingan di peringkat sekolah sehingga berjaya menempah ke Peringkat Kebangsaan mewakili negeri Pulau Pinang..ditawarkan membuat album nasyid komersial di bawah naungan kumpulan nasyid terkenal tanah air iaitu Rabbani..dan diberi nama Baiduri..Justeru itu,Baiduri tidak lagi bergiat aktif kerana mempunyai komitmen yg lain..Namun kini dengan pendekatan yang ada dan diberi peluang oleh JME untuk merakamkan single terbaru dimana kali ini Baiduri yang diwakili saya iaitu Rafzan akan memeriahkan lagi industri nasyid tanah air di samping berdakwah sesama kita..Insyallah

No comments:

Post a Comment