Peminat

Wednesday, November 20, 2013

PROJEK HBN edisi.2 DITUTUP SEMENTARA WAKTU

KINI KAMI MENAWARKAN PERKHIDMATAN MEMBUAT SINGLE(LAGU NASYID)UNTUK KUMPULAN ATAU SOLO NASYID INDIE DENGAN KOS SEDERHANA DAN BERKUALITI UNTUK DIJADIKAN PRODUK ANDA.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT,SILA HUBUNGI:
Hafiz 019-5139837

Tuesday, November 6, 2012

VIDEO PROMO Pencarian HBN 2013

Promo HBN 2013 di Portal Munsyeed.Com


Pencarian Himpunan Bakat Nasyid Edisi Kedua
Kejayaan album Himpunan Bakat Nasyid Edisi Pertama yang berjaya melonjakkan nuansa nasyid di Utara Malaysia telah menjadi batu loncatan kepada Jaringan Masry Entertprise untuk meneruskan projek album ini bagi edisi kedua. Mengutamakan bakat-bakat baru untuk ditonjolkan, Himpunan Bakat Nasyid merupakan satu inisiatif terbaik daripada Jaringan Masry Enterprise (JME) untuk mengembangkan bakat-bakat penasyid baharu di dalam industri nasyid Malaysia.
Untuk edisi kedua ini, JME akan bekerjasama sekali lagi dengan Ilham Cipta Production Studio (ICP Studio) dan bakal melibatkan beberapa kumpulan baru disamping kumpulan Masry sendiri sebagai teraju utama.
Menurut jurucakap JME, mereka kini dalam pencarian bakat-bakat baru yang berminat untuk menyertai projek album Himpunan Bakat Nasyid Edisi Kedua.
“Kami membuka peluang kepada mana-mana kumpulan nasyid atau penasyid solo yang berminat untuk menyertai HBN Kedua dengan harga yang sangat berpatutan. Untuk HBN Edisi Kedua, kami menjanjikan kualiti yang lebih baik dari segi vokal, lagu dan susunan muzik. InshaALLAH, semoga segalanya berjalan lancar.” jelas wakil pengurusan JME.
Kepada mana-mana kumpulan atau penasyid solo yang berminat untuk menyertai HBN Edisi Kedua, bolehlah berhubung terus dengan Ustaz Hafiz Azizan di talian 0195139837. Informasi mengenai Himpunan Bakat Nasyid boleh diperolehi di blog HBN di http://bakatnasyid.blogspot.com atau dilaman Facebook Pagehttp://www.facebook.com/pages/Bakat-Nasyid/346535908706996.
Album Himpunan Bakat Nasyid Edisi Pertama
Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan album Himpunan Bakat Nasyid Edisi Pertama, boleh layariwww.jmeniaga.com.my.

Monday, October 15, 2012

Promo HBN 2013 di Portal Nasyidkini


Setelah kejayaan menerbitkan Album Himpunan Bakat Nasyid Edisi Pertama 2012 yang release pada 1 Ogos baru-baru ini, kini pihak Jaringan Masry Enterprise (JME) tampil sekali lagi mewar-warkan mengenai kelangsungan hasil projek pertama mereka iaitu melalui Pencarian Bakat Nasyid Edisi Kedua.
Projek kedua ini akan diterbitkan sepenuhnya oleh syarikat JME  sendiri melalui usaha sama Ilham Cipta Production  Studio.


Untuk makluman, album Himpunan Bakat Nasyid merupakan sebuah projek yang dibentuk untuk menghimpunkan barisan artis lama dan baharu melalui terbitan  album kompilasi. Melalui penyertaan yang hanya memerlukan modal yang sederhana sebagai kos penerbitan, usaha ini dilihat sebagai satu platform yang membuka 1001 peluang kepada bakat-bakat luar yang berminat untuk serius berkecimpung dalam industri seni.
Pihak JME juga menawarkan kualiti produk independen yang bermutu selain menjanjikan penyertaan projek ini yang tidak memerlukan kontrak artis rakaman.
Berminat untuk menjadi sebahagian daripada pencarian ini ?  Hubungi Ustaz Hafiz  Azizan di talian0195139837 untuk sebarang pertanyaan dan penyertaan.
Maklumat lanjut mengenai pencarian bakat ini juga boleh didapati melalui capaian blog: BakatNasyidBlogspot atau klik di  Facebook Bakat Nasyid.


Selain itu, bagi orang ramai yang berminat untuk mendapatkan  album HBN Edisi Pertama secara online, boleh layari laman web www.jmeniaga.com.my
Di sini disertakan track yang terdapat dalam album Himpunan Bakat Nasyid Edisi Pertama:
1. Bisakah Aku Sujud -Naim Darus
2. Inikah Kebahagiaan – Alif Sobry
3. Kini – Masrie feat, Mizie
4. Tasbih Persahabatan – Zayyan
5. Kekasih Sepanjang Zaman – Rafzan (ex-Baiduri)
6. Sayang Abi Sayang Ummi – Brothers Voice
7. Setiap Hela Nafasku – Forheart
8. Duhai Isteriku – Aremean
9. Penentu Cinta – Adli Hashim
10. Kasih Sayang TUHAN – Irham
11. Kaca Yang Berdebu – Maidany
Klik di sini untuk pra dengar  : Album HBN 2012
Sumber : JME

Sunday, October 14, 2012

Promo HBN 2013 di Blog InsyadMedia





Setelah kejayaan Album Himpunan Bakat Nasyid (HBN) Edisi Pertama 2012,Kini dibuka pula penyertaan untuk kesinambungan album HBN edisi kedua

Antara artis nasyid samada solo mahupun berkumpulan yang sudah berminat menyertai projek ini ialah: 

1- RENOVA
2- SOFIEYA (AN TV9)
3- USTAZ ADAM
4- DZIL AFNAN
5- OFA KAHFI
6- ALIF SOBRY
7- MASRIE,
8- NASRUL HADI


Jika anda berminat untuk menyetai projek ini, sila hubungi Hafiz 019-5139837.


Link:http://www.insyadmedia.blogspot.com/2012/09/himpunan-bakat-nasyid-hbn-edisi-ke-2.html

Promo HBN 2013 di Blog Studiokini



Peluang untuk menyertai projek Himpunan Bakat Nasyid (HBN) Edisi Kedua kini dibuka. Setelah kejayaan penerbitan album HBN Edisi Pertama, Jaringan Masry Enterprise (JME) membuat keputusan untuk meneruskan lagi projek HBN bagi Edisi Kedua.

Album Himpunan Bakat Nasyid(HBN) adalah sebuah projek untuk menghimpunkan artis artis nasyid baru dan lama didalam satu album kompilasi yang mana setiap penyertaan hanya mengeluarkan modal yang sederhana untuk kos penerbitan,setelah kejayaan penerbitan Album Himpunan Bakat Nasyid Edisi Pertama 2012,kini kami kembali dengan pencarian bakat bakat nasyid dengan album HBN edisi kedua,terbitan JME (Jaringan Masry Enterprise) dan ICP Studio.

Projek HBN ini boleh dijadikan salah satu platform buat mereka yang berminat dalam nasyid untuk menonjolkan diri mereka dalam arena nasyid yang lebih besar.

Kepada yang berminat, hubungi pengurusan JME bagi menyatakan hasrat anda!. Layari blog rasmi HBNserta Facebook HBN untuk makluman lanjut.

Link: http://studiokini.blogspot.com/2012/10/hbn-edisi-kedua-kini-kembali.html

Wednesday, August 29, 2012

5 Pemenang Peraduan Saya Suka HBN

5 pemenang peraduan Saya Suka HBN

Amirul Syafiq
http://www.facebook.com/amirul.syafiq.35762
"Saya suka album Himpunan Bakat Nasyid Edisi Pertama kerana ianya adalah salah satu inisiatif untuk membuatkan masyarakat labih dekatkan diri kepada Allah dengan cara mendengar alunan-alunan nasyid yang sangat menginsafkan."

Wardah Safiah
 Wanza Mohamad
http://www.facebook.com/WardahSafiah
"Saya suka album Himpunan Bakat Nasyid Edisi Pertama kerana album ini memperlihatkan kematangan sentuhan elemen muzik kontemporari tanpa meminggirkan nilai dakwah yang menjadi nadi kepada para munsyeed yang terlibat dalam penghasilan album ini."

Shahidan Shaarani
http://www.facebook.com/shahidan
Saya suka album himpunan bakat nasyid edisi pertama kerana dunia dakwah menerusi irama nasyid akan terus disinari dengan himpunan bakat dan suara pelapis berbakat yang dihimpunkan dalam satu album seperti ini.

Mohd Nurr Hadi Othman
http://www.facebook.com/mohdnurrhadi.othman
Saya suka Album Himpunan Bakat Nasyid edisi pertama kerana dengan adanya album seperti ini kita dapat menyungkil bakat-bakat nasyid yang terpendam dikalangan generasi baru sekarang dan juga akan menjadi salah satu daripada muzik pilihan utama kepada para pendengar muzik serta dapat memberikan dakwah dan pengajaran kepada generasi muda dan tua di negara kita.

Sri Pantai Seafood
http://www.facebook.com/seafoodrestoran
SAYA SUKA ALBUM HIMPUNAN BAKAT NASYID EDISI PERTAMA KERANA LAGU TERSEBUT BOLEH MENGINSAFKAN DIRI SAYA DAN KELUARGA...

JME ingin terbitkan album HBN edisi kedua 2013




Setelah kejayaan Album Himpunan Bakat Nasyid Edisi Pertama 2012,Kini dibuka penyertaan untuk kesinambungan album HBN edisi kedua,untuk mendaftar sila hubungi Ustaz Hafiz 0195139837