Peminat

Monday, October 15, 2012

Promo HBN 2013 di Portal Nasyidkini


Setelah kejayaan menerbitkan Album Himpunan Bakat Nasyid Edisi Pertama 2012 yang release pada 1 Ogos baru-baru ini, kini pihak Jaringan Masry Enterprise (JME) tampil sekali lagi mewar-warkan mengenai kelangsungan hasil projek pertama mereka iaitu melalui Pencarian Bakat Nasyid Edisi Kedua.
Projek kedua ini akan diterbitkan sepenuhnya oleh syarikat JME  sendiri melalui usaha sama Ilham Cipta Production  Studio.


Untuk makluman, album Himpunan Bakat Nasyid merupakan sebuah projek yang dibentuk untuk menghimpunkan barisan artis lama dan baharu melalui terbitan  album kompilasi. Melalui penyertaan yang hanya memerlukan modal yang sederhana sebagai kos penerbitan, usaha ini dilihat sebagai satu platform yang membuka 1001 peluang kepada bakat-bakat luar yang berminat untuk serius berkecimpung dalam industri seni.
Pihak JME juga menawarkan kualiti produk independen yang bermutu selain menjanjikan penyertaan projek ini yang tidak memerlukan kontrak artis rakaman.
Berminat untuk menjadi sebahagian daripada pencarian ini ?  Hubungi Ustaz Hafiz  Azizan di talian0195139837 untuk sebarang pertanyaan dan penyertaan.
Maklumat lanjut mengenai pencarian bakat ini juga boleh didapati melalui capaian blog: BakatNasyidBlogspot atau klik di  Facebook Bakat Nasyid.


Selain itu, bagi orang ramai yang berminat untuk mendapatkan  album HBN Edisi Pertama secara online, boleh layari laman web www.jmeniaga.com.my
Di sini disertakan track yang terdapat dalam album Himpunan Bakat Nasyid Edisi Pertama:
1. Bisakah Aku Sujud -Naim Darus
2. Inikah Kebahagiaan – Alif Sobry
3. Kini – Masrie feat, Mizie
4. Tasbih Persahabatan – Zayyan
5. Kekasih Sepanjang Zaman – Rafzan (ex-Baiduri)
6. Sayang Abi Sayang Ummi – Brothers Voice
7. Setiap Hela Nafasku – Forheart
8. Duhai Isteriku – Aremean
9. Penentu Cinta – Adli Hashim
10. Kasih Sayang TUHAN – Irham
11. Kaca Yang Berdebu – Maidany
Klik di sini untuk pra dengar  : Album HBN 2012
Sumber : JME

No comments:

Post a Comment