Peminat

Tuesday, November 6, 2012

Promo HBN 2013 di Portal Munsyeed.Com


Pencarian Himpunan Bakat Nasyid Edisi Kedua
Kejayaan album Himpunan Bakat Nasyid Edisi Pertama yang berjaya melonjakkan nuansa nasyid di Utara Malaysia telah menjadi batu loncatan kepada Jaringan Masry Entertprise untuk meneruskan projek album ini bagi edisi kedua. Mengutamakan bakat-bakat baru untuk ditonjolkan, Himpunan Bakat Nasyid merupakan satu inisiatif terbaik daripada Jaringan Masry Enterprise (JME) untuk mengembangkan bakat-bakat penasyid baharu di dalam industri nasyid Malaysia.
Untuk edisi kedua ini, JME akan bekerjasama sekali lagi dengan Ilham Cipta Production Studio (ICP Studio) dan bakal melibatkan beberapa kumpulan baru disamping kumpulan Masry sendiri sebagai teraju utama.
Menurut jurucakap JME, mereka kini dalam pencarian bakat-bakat baru yang berminat untuk menyertai projek album Himpunan Bakat Nasyid Edisi Kedua.
“Kami membuka peluang kepada mana-mana kumpulan nasyid atau penasyid solo yang berminat untuk menyertai HBN Kedua dengan harga yang sangat berpatutan. Untuk HBN Edisi Kedua, kami menjanjikan kualiti yang lebih baik dari segi vokal, lagu dan susunan muzik. InshaALLAH, semoga segalanya berjalan lancar.” jelas wakil pengurusan JME.
Kepada mana-mana kumpulan atau penasyid solo yang berminat untuk menyertai HBN Edisi Kedua, bolehlah berhubung terus dengan Ustaz Hafiz Azizan di talian 0195139837. Informasi mengenai Himpunan Bakat Nasyid boleh diperolehi di blog HBN di http://bakatnasyid.blogspot.com atau dilaman Facebook Pagehttp://www.facebook.com/pages/Bakat-Nasyid/346535908706996.
Album Himpunan Bakat Nasyid Edisi Pertama
Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan album Himpunan Bakat Nasyid Edisi Pertama, boleh layariwww.jmeniaga.com.my.

No comments:

Post a Comment