Peminat

Friday, January 6, 2012

Promosi Projek HBN 2012 di web portal nasyidkini


Anda berbakat dalam menyampaikan lagu-lagu dakwah? Ingin mempunyai single dan album sendiri? Tapi tidak mempunyai platform yang sesuai untuk memperkenalkan diri dan mengetengahkan bakat anda? Kini anda boleh! Memperkenalkan sebuah program yang diberi nama Himpunan Bakat Nasyid bagi Edisi Pertama 2012 .

Program Himpunan Bakat Nasyid ini merupakan hasil usahasama antara syarikat Jaringan Masry Enterprise (JME) dan Ilham Cipta Production Studio (ICP Studio). Ianya bertujuan untuk memperkenalkan bakat-bakat baru yang sangat meminati irama nasyid untuk memperkenalkan diri dengan kos yang sederhana dan tidak membebankan.

Pencarian bakat telah pun dimulakan sejak 01 Januari 2012. Sehingga kini, beberapa kumpulan telah pun menyatakan minat untuk sama-sama terlibat dalam projek khas Bakat Nasyid Edisi Pertama ini. Jadi jangan lepaskan peluang ini !

Jika anda berminat untuk menyertai projek khas ini, hubungi saudara Hafiz di talian 019 – 5139837 atau layari laman Blog Bakat Nasyid dan Facebook Bakat Nasyid untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment